Setelah postingan soal adab menuntut ilmu, sekarang kita
saya akan memposting mengenai hal yang setiap saat kita lakukan. Hal yang
mungkin sangat lazim kita lakukan, dimana sebagai makhluk sosial kita pasti
melakukan yakni adab bergaul, mungkin hal ini sering kita abaikan, tetapi
sebagai ummat islam hal kecil ini pun harus diperhatukan
Makanya pada postingan kali ini kita adan membahas soal
adab-adab bergaul. So… selamat membaca dan semoga dapat diamalkan JJJJ
Adab-Adab Bergaul
1.
Hati
Asas Pergaulan
Hati merupakan asas yang sangat penting dan tersembunyi dalam diri
setiap insan. la memainkan peranan yang sangat bermakna dalam kehidupan seharian.
Rasulullah s.a.w. menyatakan soal hati seperti berikut:
“Ketahuilah
kamu di dalam badan manusia terdapat segumpal darah. Apabila baik maka baiklah
keseluruhan segala perbuatannya dan apabila buruk maka buruklah keseluruhan
tingkah lakunya. Ketahuilah kamu bahawa ia adalah hati”
peranan hati sangat besar tanggunjawabnya ke arah mengendalikan
nilaian diri, manakala kejahilan pula mematikan hati dan rohani sekalipun
badannya hidup dan bergerak di muka burni. Jasadnya merupakan kubur bagi hati
yang telah mati. Perkara sedemikian dapat dielakkan sekiranya kita belajar dan
mengetahui akan segala ilmu Allah yang, disyariatkan kepada kita. Ilmu Allah
ini dapat menjadi permangkin keimanan dan penawar. Untuk menghidupkan hati yang
telah mati, kita hendaklah rnelakukan ibadat dan beralakhlak mulia sesama
manusia.
2.
Menunjukkan
menunjukkan
tingkahlaku dengan perwatakan yang baik, manis muka serta menerima dengan penuh
rasa gembira saat bertemu
Sebaik-baik pergaulan di kalangan umat Islam ialah apabila bertemu
saudaranya, diam menunjukkan tingkahlaku dengan perwatakan yang baik, manis muka
serta menerima dengan penuh rasa gembira yang tidak terhingga. Reaksi seperti
ini amat disukai oleh Allah dan Rasul-Nya, dan besar ertinya di sisi syariat
Islam serta mendapat ganjaran pahala yang banyak. Rasulullah s.a.w. melarang
umatnya menghina atau memandang rendah dan memperkecilkan orang lain ketika bertemu,
dengan sabdanya:
“Jangan sekali kati kamu menghinakan sesuatu yang baik dan
kalaulah kamu bertemu saudaramu hendaklah dengan muka yang manis” (Riwayat Muslim)
3.
Mengucapkan salam dan bersalaman ketika bertemu
Amalan yang merupakan kemuliaan di sisi Allah ialah dengan memberi
salam apabila bertemu di antara dua orang Islam. Perkara ini merupakan satusaranan
oleh Allah ke atas hamba-Nya melalui firman-Nya:
“Apabila diucap dengan satu ucapan maka balas
olehmu dengan ucapan yang lebih baik daripadanya atau jawab secara yang elok,
sesungguhnya Allah ke atas setiap sesuatu akan diperhitungkan.’
(Surah Al-Nism: 86)
Peranan bersalaman boleh dikatakan sebagai satu penghormatan atau tanda
kemesraan antara individu dengan yang lain ketika mereka bertemu. Maka eloklah
kedua duanya bersalaman atau berjabat tangan kerana perbuatan itu akan
membuahkan kemesraan dan kasih sayang, perkenalan dan persahabatan serta
mendapat ganjaran pahala yang besar di sisi Allah ke atas hamba-Nya.
Berdasarkan dalil yang telah ditegaskan olch Rasulullah dengan sabdanya:
“Sesungguhnya seorang muslim itu apabila bertemu saudaranya lalu
bersalaman oleh kedua duanya, maka gugurlah dosa mereka sepertimana berguguran
daun dari pokok yang kering ditiup angin kencang, melainkan kedua duanya diampunkan
segala dosa mercka walaupun banyak seperti buih di lautan”
(Riwayat Thibrani)
4.
Meminta Izin ketika akan masuk ke rumahnya
Salah satu yang menjadi kelaziman ke atas orang Islam apabila
terjalin pergaulan sesama mereka ialah hendaklah meminta izin antara satu sama
lain ketika berada di ambang pintu untuk memasuki ke ruang rumah yang dilawatinya.
Ini adalah satu kewajipan yang merupakan ciri akhlak yang telah ditetapkan oleh
Allah dalam al-Quran sepertimana firmanNya:
“Wahai orang orang yang beriman janganlah kamu masuk ke dalam
sesehuah rumah yang bukan rumah kamu sehinggalah kamu meminta izin dan memberi salam
ke atas ahli keluarga rurnah tersebut yang demikian itu adalah febih baik semoga
kamu dapat mengambil peringatan”
(Surah Al-Nur: 27)
5.
Kasih Mengasihi
Suatu yang sangat dituntut terhadap seseorang muslim ialah
pergaulan sesama saudaranya wajib dilakukan dengan baik serta menggembirakan saudaranya.
Dengan kata lain tidak membebankan saudaranya dengan sesuatu yang boleh
melukakan hati atau menyusahkannya, serta rasa terganggu dan serba salah yang
membawa ke arah mendukacitakan. Tanggungjawab ini amat dituntut di dalam Islam
sepertimana diterangkan oleh Rasulullah s.a.w.:
“Seseorang itu tidak beriman sehinggalah dia mengasihi terhadap
saudaranya sepertimana dia kasih terhadap dirinya sendiri”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar